BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 22, 2009

PENGUMUMAN...!!!

Perancangan utk mengadakan program di wosto telah dipersetujui pihak sekolah. Program tersebut akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 19-21 Jun 2009
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : SMAW

Dengan ini secara tidak langsung rancangan untuk mengadakan reunion akan berjalan serentak bersama program tersebut iaitu pada :

Tarikh : 21 Jun 2009
Masa : 10:00pg-02:30ptg
Hari : Ahad

HARAP MAKLUM..!

Segala perincian, pembaharuan & pertukaran akan di maklumkan kemudian...

Thursday, May 21, 2009

Sireh Pulang Ke Gagang

Assalamualaikum...

Salam pertemuan, salam sayang buat semua sahabat, moga kalian berada di bawah naungan cintaNYA, selawat dan salam buat junjungan mulia.Sebelum itu, jutaan tahniah diucapkan kepada sahabat kita iaitu saudara Azrul Hafiz b. Ismail kerana berjaya mencipta ruang baru untuk kita saling berhubung antara satu sama lain, di harapkan dengan adanya blog ini dapat kita meneruskan hubungan silaturrahim, yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita hubungkan. Jika renung kembali, sudah hampir tiga tahun kita meninggalkan bumi itu..rindu sekali hati ini ingin bertemu, berkumpul, senda gurau derai tawa masih terngiang-ngiang di telinga bagai baru semalam meninggalkan bumi itu. Saat pertama bertemu dengan kalian, terasa asing sekali..mak jauh,ayah pun jauh..selepas sekian lama bersahabat,terasa sukar sekali untuk berpisah.. meninggalkan bumi yang banyak mengajar kita erti kehidupan,erti sebuah persahabatan dan berbagai lagi..ku panjatkan doa moga kalian sentiasa berada di bawah rahmatNYA, dipermudahkan segala urusan.. Semoga usaha yang akan kita laksanakan selepas ini,iaitu mengadakan perjumpaan "reunion" bagi batch 2002-2006 terlaksana dan dapat dijalankan dengan jayanya..kehadiran kalian semua amat dialu-alukan, sebarang perubahan akan diberitahu kemudian..salam sayang,salam rindu buat semua! kita jumpa disana..

Tuesday, May 19, 2009

SALAM...!!!!


Perhatian
kepada semua sahabat2...

Reunion kita yg sulong dalam proses perancangan...
nantikan kemunculannya...!!!


Sunday, May 17, 2009

DRAF ORGANISASI ALUMNI 0206



PRESIDEN:
MOHD AZRUL HAFIZ BIN ISMAIL

T/PRESIDEN 1:
MOHD KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL

T/PRESIDEN 2:
NURUL HASNI YANTI BT ADNAN

SETIAUSAHA:
HERMIRA SUNITA BT HAMZAH

BENDAHARI:
SYAHIDAH BT ZULKIFLI

AJK PENERANGAN:
MOHD ALIFF NAIM
NORHIDAYAH BT YUSOF

AJK PUBLISITI:
MOHD SAFWAN BIN JAAFAR
ROSMIERA BT BASRI

AJK SIARAYA:
MOHD NOOR KAMAROL BIN RADUAN
MAZIATUL AINI BT ABU JAZIZ

AJK PENERBITAN:
MOHD ALIF HAIDHAR BIN MD ISA
SYAZANA BT ISMAIL

AJK PENTADBIRAN AWAM:
SYAZWAN BIN OTHMAN
HAMIZAH BT ZAKARIA


TINGGAL KENANGAN...

assalamualaikum....

al-wosto,
2 tahun lebih sudah berlalu semenjak ku meninggalkanmu...
rindu rasenye tatkala mengimbau kenangan lama...
ku menempuh ranjau kehidupan setiap ruang di bumimu...
meskipun payah ku harungi jua..
berpaksikan laungan jihad fisabilillah...
ku jalani likuan pembelajaran berteraskan ajaran guru...
terpahat jutaan kenangan bersama isi kandungmu..rakan2ku..
dikemudian hari mungkin kami berbeza matlamat..cita..tempat..
darjat..fizikal..hasrat & rasa...
namun masih ada persamaan yg menyatukan...
kami punyai sejarah berpayung di bawahmu...
melakar kenangan mencipta garis paduan sebagai...
sahabat...

al-wosto,
kehadiranku dalam ruangan sejarahmu...
mungkin tidak mengubah bentuk,fizikal & namamu...
namun kewujudanmu membentuk zahir batinku..
sekalipun pencapaianku tidak setara rakan yg lain...
ku akur, pasrah & berserah sekalipun rakan jauh lebih mengatasi...
namun ku tetap bersyukur kehadrat ALLAH..
RABBAL-ALAMIN
kini ku gah berdiri d mercu menara gading...
mengorak langkah membuka lembaran kedewasaan...
al-wosto...sehingga berjumpe lg...