BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 21, 2009

Sireh Pulang Ke Gagang

Assalamualaikum...

Salam pertemuan, salam sayang buat semua sahabat, moga kalian berada di bawah naungan cintaNYA, selawat dan salam buat junjungan mulia.Sebelum itu, jutaan tahniah diucapkan kepada sahabat kita iaitu saudara Azrul Hafiz b. Ismail kerana berjaya mencipta ruang baru untuk kita saling berhubung antara satu sama lain, di harapkan dengan adanya blog ini dapat kita meneruskan hubungan silaturrahim, yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita hubungkan. Jika renung kembali, sudah hampir tiga tahun kita meninggalkan bumi itu..rindu sekali hati ini ingin bertemu, berkumpul, senda gurau derai tawa masih terngiang-ngiang di telinga bagai baru semalam meninggalkan bumi itu. Saat pertama bertemu dengan kalian, terasa asing sekali..mak jauh,ayah pun jauh..selepas sekian lama bersahabat,terasa sukar sekali untuk berpisah.. meninggalkan bumi yang banyak mengajar kita erti kehidupan,erti sebuah persahabatan dan berbagai lagi..ku panjatkan doa moga kalian sentiasa berada di bawah rahmatNYA, dipermudahkan segala urusan.. Semoga usaha yang akan kita laksanakan selepas ini,iaitu mengadakan perjumpaan "reunion" bagi batch 2002-2006 terlaksana dan dapat dijalankan dengan jayanya..kehadiran kalian semua amat dialu-alukan, sebarang perubahan akan diberitahu kemudian..salam sayang,salam rindu buat semua! kita jumpa disana..

0 comments: