BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk beramal sebanyak-banyaknya dan beribadah di bulan mulia dan barakah. Bersyukur, kehadrat Allah. Peluang ini tidak patut dilepaskan untuk memohon keampunan, mensyukuri dan menikmati ibadah sebenar sebagai seorang yang beragama islam.

Jika kita renung seketika, berapa ramai saudara-saudara kita yang tidak sempat bersama di bulan mulia ini. Berapa ramai yang tidak dapat jalani ibadah ini dengan sempurna, mungkin kerana masalah kemiskinan, peperangan, dihimpit oleh kekejaman politik, tiada makanan dan sebagainya.

Kita? Ya kita menjalani ibadah puasa dengan cukup sempurna. Cukup selesa dan aman damai. Mengerjakan terawih dalam masjid besar atau surau yang berkipas, dingin dan selesa. Mengerjakan ibadah puasa disiang hari dan menjaga anggota badan tanpa ada gangguan atau paksaan. Syukur!..Alhamdulillah..

Renungkan doa malaikat Jibril menjelang ramadhan,

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut,

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada),
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri,
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. “

Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Subhanallah.


Dikesempatan ini ana (ازرالحفيظ) MEMOHON AMPUN dan MAAF kepada semua rakan-rakan wostorian dan pembaca setia mahupun tidak setia kepada blog ni ini jika ada kesalahan yang berbentuk tingkahlaku atau penulisan sekalipun sengaja maupun tidak sengaja, kesimpulannya apa-apa je kesalahan yang melibatkan hati dan perasaan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan diberkati serta dirahmati ALLAH..insyaALLAH...

Sekali lagi ana menyusun jari memohon kemaafan atas segala keterlanjuran dan kesalahan yang telah berlaku sepanjang perkenalan kita. Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan dan penuh makna kepada kita semua serta mengukuhkan lagi ukhwah yang terbina dan terjalin.

Ramadan moga daku masih bertemu denganmu di tahun-tahun mendatang...amin..

Sunday, August 16, 2009

LELAKI ACUAN AL-QURAN


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada ALLAH SWT

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala

Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar

Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Menjaga Tutur Katanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya

Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya

Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh

Yang Bersifat Jembalang


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Menghormati Ibu bapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarganya

Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah S.A.W

Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara

Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa

Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca

Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan

Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Yang Sentiasa Mengingati Mati

Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat

Yang mana Buah Kehidupan Itu Perlu dibajai dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia

Kerana Dia Mengimpikan Syurga

Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran!!!

Saturday, August 15, 2009

"WANITA SOLEHAH"


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan
kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada
akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat
Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi
yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan
darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas
kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

"MIMPI SANG LELAKI"


Katamu...
Kau rindukan Wanita yang menutup auratnya
Berhias diri untuk suami

Menjaga maruah dan nama

Tertib bicara lembut suara

Lirikan manja mempersona


Katamu...

Kau cintakan
Wanita yang menjaga solatnya
Tidak pernah leka dan alpa

Wanita yang sentiasa basah lidahnya
Memuji ALLAH; berzikrullah
Bersenandung cuma kalimah ALLAH


Katamu...
Kau kasihkan Wanita alim bijaksana
Cekap mengurus rumahtangga

Bijak mendidik zuriat kau dan dia

Berjimat mengurus rezeki yang ada

Dunia dikelek akhirat di kepala

Katamu...

Kau kagumkan
Wanita yang tidak materialistik
Tidak memandang harta dan wang ringgit

Walau mencurah intan permata dari langit

Tidak dijamah walau sedikit

Jika bukan milik sang suami


Duhai lelaki...

Jika wanita itu yang kau impikan

Sudahkah kau cermin dirimu dahulu

Bermuhasabah diri

Menilai peribadi

Sudah kah kau melengkapi diri?

Menjadi ketua, suami mithali
Pada zuriat sama berbakti

Bukan mudah kau temui

Bukan senang kau miliki

Wanita pelengkapi diri mu
Sedang dirimu tidak kau lengkapi

AWAS! KURMA YAHUDI JENAMA JORDAN RIVER

Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

PLEZ FOWARD...

Friday, August 7, 2009

...PUISI KEKASIH...

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim;
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

NISFU SYAABAN

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

-Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

-Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

-Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)