BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 14, 2009

Hubungan Nuzul Quran dengan Lailatul Qadar

Dua minggu telah berlalu umat Islam berpuasa, bermakna kita sekarang dalam suasana memperingati Nuzul Quran (turunnya al-Quran). Peringatan ini amat penting bagi kita kaum Muslimin akan suatu peristiwa besar yang terjadi pada abad keagungan Islam yang lalu. Kita memperingati Nuzul Quran kerana kita berkeyakinan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan satu-satunya rahmat sebesar-besarnya kepada umat manusia di seluruh alam.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira’ pada malam Jumaat, bertepatan 17 Ramadan, iaitu tahun ke-41 daripada kelahiran baginda atau pada 6 Ogos 610 M.

Kebanyakan ulama menetapkan bahawa pada hari terakhir turunnya al-Quran ialah hari Jumaat 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah atau tahun ke-63 daripada tarikh keputeraan Nabi s.a.w.

Pada saat itu Nabi s.a.w. sedang berwukuf di Padang Arafah dalam mengerjakan haji yang terkenal dikenali haji wada’. Kebanyakan ulama tafsir menetapkan bahawa sesudah hari itu tidak ada lagi al-Quran diturunkan untuk menerangkan hukum dan Nabi s.a.w pun setelah haji wada’ selama 18 hari, baginda wafat, iaitu pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Ayat yang terakhir yang diturunkan menurut pendapat Jumhur adalah surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

“Pada hari ini Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kuucapkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Kuredai Islam itu agama bagimu.”

Jika kita sekarang ini sedang berbicara tentang Nuzul Quran, amat wajarlah bagi kita sebagai hamba Allah s.w.t secara khusyuk dan rendah hati menghayati suasana malam diturunkannya al-Quran sebagaimana yang tersebut dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar!”

Demikian juga dalam surah ad-Dukhan ayat 3, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“(Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).”

Meskipun kata-kata `malam’ disebut dalam al-Quran sebanyak 92 kali, namun khusus untuk malam Qadar ini diberikan ‘penghormatan’ yang amat tinggi Ia dinamakan `malam’ yang diberi berkat kerana turunnya al-Quran pada malam itu bersama seluruh malaikat di bawah pimpinan Jibril.

Penghormatan ini berlangsung semalaman suntuk dengan tenang dan aman damai sehingga terbitnya fajar. Sengaja digambarkan oleh Allah s.w.t dengan kata `salam’ akan ketenangan malam yang semalaman itu sebagai kiasan daripada mesej dan isi yang dibawa oleh kitab suci, iaitu perdamaian.

Inilah suatu penghormatan yang begitu besar yang pernah terjadi dalam coretan seluruh sejarah kemanusiaan. Justeru Lailatul Qadar sentiasa segar dan hidup setiap tahun sepanjang perjalanan sejarah manusia untuk memperingati peristiwa turunnya wahyu Allah s.w.t.

Di dalam surah al-Qadr juga disebut Lailatul Qadar melebihi seribu bulan. Ini bermakna amal yang dilakukan pada semalaman Lailatul Qadar melebihi pahalanya daripada amal seribu bulan. Banyak ulama menjelaskan seribu bulan itu bukanlah memperhitungkan angka yang tepat, tetapi dimaksudkan kemuliaan Lailatulqadar berbanding dengan segala hari dan malam yang lainnya, iaitu suatu saat yang tidak terhingga ketinggian nilainya.

Apakah hikmah Allah tidak menyebut mana satu hari akan berlakunya Lailatulqadar. Berdasarkan pada hadis Nabi s.a.w, Lailatul Qadar akan jatuh pada tarikh ganjil pada akhir bulan Ramadan, iaitu 21, 23, 25, 27, dan 29. Ia terjadi pada salah satu malam itu dan hanya Allah sahaja yang mengetahui waktunya yang tepat.

Panduan inilah yang sering digunakan oleh umat Islam untuk mengisi hari-hari itu dengan meningkatkan amal-amal salih. Mereka optimis dan mempunyai harapan yang tinggi dan mengharapkan amal yang dilakukan bertepatan dengan Lailatul Qadar yang nilai pahalanya ribuan bulan.

Monday, September 7, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR..!!

wahai dikau…renunglah akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah akan gerak hati
wahai akal…terfikirkah akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
apabila tiba detik waktu seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhambakan diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dikala malam engkau sibukkan dengan pesta syahadah
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

“ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin…..

Sunday, September 6, 2009

BERSAMALAH KITA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN ARWAH HAFIZ...!

Tiga maut nahas bawah jejantas...


KUANTAN - Tiga maut, tiga cedera parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 3, Jalan Kuantan-Maran dekat Gambang semalam.
Pemandu kereta Proton Satria yang merupakan seorang guru Sekolah Rendah Agama Panching Selatan dekat sini, Muhammad Hafiz Ismail, 20, maut di tempat kejadian manakala penumpangnya, Muhammad Farhan Khamis, 25, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan ketika menerima rawatan.
Menurut beliau, turut maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Proton Saga yang merupakan tenaga pengajar sebuah sekolah memandu di sini, Md. Sham Mustapha, 45.
Isteri Sham, Rafiah Manaf, 38, dan dua anak mereka, Nuraini Arifah, 9, dan Nuralya Nasuha, 2, cedera parah.
Penunggang dan pembonceng motosikal, Mohd. Noh Ishak, 27 dan Mohd. Faizal Zaman, 33, hanya cedera ringan.

Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk beramal sebanyak-banyaknya dan beribadah di bulan mulia dan barakah. Bersyukur, kehadrat Allah. Peluang ini tidak patut dilepaskan untuk memohon keampunan, mensyukuri dan menikmati ibadah sebenar sebagai seorang yang beragama islam.

Jika kita renung seketika, berapa ramai saudara-saudara kita yang tidak sempat bersama di bulan mulia ini. Berapa ramai yang tidak dapat jalani ibadah ini dengan sempurna, mungkin kerana masalah kemiskinan, peperangan, dihimpit oleh kekejaman politik, tiada makanan dan sebagainya.

Kita? Ya kita menjalani ibadah puasa dengan cukup sempurna. Cukup selesa dan aman damai. Mengerjakan terawih dalam masjid besar atau surau yang berkipas, dingin dan selesa. Mengerjakan ibadah puasa disiang hari dan menjaga anggota badan tanpa ada gangguan atau paksaan. Syukur!..Alhamdulillah..

Renungkan doa malaikat Jibril menjelang ramadhan,

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut,

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada),
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri,
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. “

Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Subhanallah.


Dikesempatan ini ana (ازرالحفيظ) MEMOHON AMPUN dan MAAF kepada semua rakan-rakan wostorian dan pembaca setia mahupun tidak setia kepada blog ni ini jika ada kesalahan yang berbentuk tingkahlaku atau penulisan sekalipun sengaja maupun tidak sengaja, kesimpulannya apa-apa je kesalahan yang melibatkan hati dan perasaan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan diberkati serta dirahmati ALLAH..insyaALLAH...

Sekali lagi ana menyusun jari memohon kemaafan atas segala keterlanjuran dan kesalahan yang telah berlaku sepanjang perkenalan kita. Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan dan penuh makna kepada kita semua serta mengukuhkan lagi ukhwah yang terbina dan terjalin.

Ramadan moga daku masih bertemu denganmu di tahun-tahun mendatang...amin..

Sunday, August 16, 2009

LELAKI ACUAN AL-QURAN


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada ALLAH SWT

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala

Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar

Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Menjaga Tutur Katanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya

Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya

Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh

Yang Bersifat Jembalang


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Menghormati Ibu bapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarganya

Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah S.A.W

Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara

Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa

Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca

Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan

Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Yang Sentiasa Mengingati Mati

Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat

Yang mana Buah Kehidupan Itu Perlu dibajai dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian


LELAKI Acuan Al-Quran adalah LELAKI….

Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia

Kerana Dia Mengimpikan Syurga

Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran!!!